Isnin, 7 November 2011
Psikolinguistik : Pemahaman Bahasa
TAHAP-TAHAP PEMAHAMAN BAHASA
Tujuan seseorang membaca atau mendengar pertuturan adalah untuk memperoleh maklumat yang cuba disampaikan oleh penulis atau penutur. Terdapat tahap atau urutan tingkahlaku yang kompleks terlibat dalam memproses maklumat yang diperolehi. Walaupun terdapat tanggapan bahawa proses memahami maklumat bahasa yang disampaikan adalah kebolehan semulajadi yang diperoleh secara automatik semasa menerima maklumat namun sebenarnya ianya memerlukan tahap yang kompleks sebelum sesuatu maklumat dapat difahami.
Hal ini dinyatakan oleh Ortegay (1959) bahawa hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh barulah kita mampu memahami beberapa bahagian penting mengenai perkara yang cuba disampaikan, atau yang perlu difahami mengenai sesebuah teks. Lazimnya hal ini melibatkan bahagian yang tidak terjangkau oleh daya pemahaman kita.
Proses pemahaman adalah proses mental. Oleh hal yang demikian, untuk memahami sesuatu wacana lisan seseorang pendengar perlu membuat persepsi dan memproses bunyi yang dituturkan oleh penutur kemudian menggunakan hasil pemprosesan itu bagi mentafsir perkara yang cuba disampaikan oleh penutur.
Bermula daripada penanggapan maklumat deria hinggalah kepada pemahaman ayat-ayat berdasarkan keperihalan keadaan. Hal ini dapat diringkaskan seperti berikut
1-Menanggap maklumat deria
2-Mengecam dan mendapatkan makna perkataan
3-Membina struktur ayat
4-Memperoleh makna
Dicatat oleh WakMaman di 12:42 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan