BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 7 November 2011

1) Sejarah kedatangan islam ke Asia Tenggara dan perkaitannya dengan perkembangan tulisan jawi


Kedatangan Islam ke Asia Tenggara mula di kesan pada 55 H(M.674) di Sumatera.Kemudian di Kedah (290H),Phan-Rang atau Campa (431/1039) iaitu di Negara Vietnam sekarang dan di situ terdapat batu nisan yang bertulisan Kufi (S.Q.Fatimi,1963:43-45) dan juga di Leran,Gerisek (Jawa Timur).Kedatangan Islam di kesan dengan penemuan beberapa bukti antaranya ialah batu nisan yang bertarikh 14 Rabiulawal 419 H di Pekan,Pahang.Selain itu penemuan batu-batu bersurat yang ditemui di Phan-Rang(Vietnam) serta batu nisan Puteri Sultan Abdul Majid ibnu Mohammad Syah al-Sultan yang bertarikh 440 H bersamaan dengan 1048 M di Perkuburan Islam Jalan Residency,Bandar Seri Begawan,Brunei.Walaupun daripada bukti-bukti yag ada yang mengatakan kedatangan Islam ke Asia Tenggara agak awal,tetapi agama Islam hanya baru berkembang dengan pesat pada akhir abad ke-12 hingga ke 15 M.
            Kedatangan Islam membawa ajaran baru,agama baru,kehidupan baru dan kebudayaan baru kepada orang Melayu.Ajaran Islam menggantikan ajaran yang lama,unsur-unsur Hindu-Buddha dan animisme terhakis sedikit demi sedikit dan orang Melayu mula menampakkan jati dirinya tersendiri.Akhirnya Islam dengan Melayu menjadi sebati.Antara unsur Islam yang masuk ke dalam kebudayaan Melayu ialah bahasa dan tulisannya.Dalam Bahasa Melayu,terdapat banyak perkataan Arab setelah datangnya Islam sama ada dalam laras agama,pemerintahan mahupun yang lain-lain.Kata-kata Arab banyak di masukkan dalam bahasa Melayu sama ada dikekalkan sebutan dan ejaannya mahupun yang diserap dan disesuaikan lafaz serta ejaannya.Antara contoh kata-kata yang dikekalkan ialah Allah,malaikat,nabi,rasul,kalam dan banyak lagi.
            Penggunaan tulisan pengaruh India atau rencong tidak lagi digunakan.Maka tulisan Arab telah mula di praktikkan dan digunakan dalam bahasa Melayu.Dengan menggunakan  tulisan yang baru ini,maka hasil-hasil karya tulisan Melayu menjadi lebih produktif terutama pada zaman kegemilangan bahasa Melayu klasik sekitar tahun 1750 M.Secara tidak langsung tulisan Arab telah menjadi alat dan wahana penyebaran ilmu,agama Islam,pengembangan bahasa dan peninggian kebudayaan Melayu.Tulisan Melayu huruf Arab atau lebih dikenali sebagai tulisan Jawi telah digunakan sejak kedatangan Islam.Maka jelas disini bahawa tulisan Jawi itu datang bersama agama Islam.Nama ‘Jawi’ berasal daripada kata nama bahasa Arab ‘Jawah’.Apabila dijadikan kata adjektif ‘Jawah’ menjadi ‘Jawi’.Perkataan ‘Jawah’ atau ‘Jawi’ ini berkemungkinan besar berasal daripada perkataan ‘Javadwipa’ iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba.Bagi orang Arab bahagian kata ‘Java’ sahaja yang diambil manakala ‘dwipa’ ditinggalkan.Kata ‘Java’ ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara,penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata itu juga atau dalam erti kata lain ‘Jawi’.Oleh itu,kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara bukan hanya kepada orang jawa sahaja.
            Istilah ‘tulisan Jawi ‘hanya dikenal di Malaysia,Singapura,Brunei dan Selatan Thailand.Manakala di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama ‘tulisan Melayu huruf Arab’ atau ‘tulisan Melayu Arab’.Malahan perkembangan tulisan Jawi itu sendiri selaras dengan penyebaran Islam yang merata ke seluruh Asia Tenggara.Antara contoh yang dapat diberikan adalah tulisan Jawi digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa.Contohnya kitab Primbon Jawa,Mujarabat Bahasa Jawa,Layang Anbia’,Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa.Selain itu,tulisan Jawi turut digunakan dalam pentarikhan untuk takwim (kalendar) bagi orang-orang Campa.Di Patani,Selatan Thailand,tulisan Jawi digunakan untuk semua jenis persuratan serta kitab-kitab agama.Kitab-kitab agama ini masih digunakan bukan sahaja di Patani malahan di Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia.Antara contoh kitabnya adalah Matla’al-Badraiyn dan Furu’Masa’il yang amat terkenal terutama di sekolah-sekolah agama tradisional dan pondok.Di daerah Minangkabau,Bengkulu,Riau,Jambi dan Palembang yang merupakan daerah Melayu tulisan Jawi tidak menjadi perkara asing bagi mereka bahkan tulisan inilah yang digunakan oleh mereka terutama di kalangan orang-orang tua untuk menulis hal-hal tentang adat-istiadat,perbilangan,peribahasa,cerita rakyat,kitab-kitab agama dan lain-lain.
            Maka jelaslah bahawa kedatangan Islam saling bersangkutan dengan tulisan Jawi itu sendiri.Tulisan Jawi datang bersama Islam,tersebarnya pengaruh Islam ke seluruh pelusuk telah membawa pada perkembangan tulisan Jawi yang mana tulisan Jawi telah digunakan dalam pelbagai bidang,hal serta tempat.Dengan ini kita ketahui bahawa tulisan Jawi berkembang dengan jayanya.

Panji-Sayap Terluka with lyrics.

Artikel Surat Pembaca : Berita Harian 4 November 2011


PERBAYU SOKONG USAHA BELA MARTABAT BAHASA MELAYU
Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) Universiti Pendidikan Sultan Idris amat kesal dengan ‘ ugutan’ terhadap Kementerian dan Menteri Pelajaran oleh Persatuan Ibu bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) berkaitan pemansuhan Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). PERBAYU menyokong penuh tindakan PLM yang menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam PPSMI dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kerana memansuhkan PPSMI.
Oleh hal yang demikian, PERBAYU merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalam Perdana Menteri kerana mengambil langkah memansuhkan PPSMI sekaligus mengangkat kembali martabat Bahasa Melayu. Memetik kata-kata Tan Sri Ainuddin Wahid, bahawa “Pelaksanaan PPSMI ibarat seorang doktor yang tersalah memberi ubat kepada pesakit, sehingga pesakit akhirnya semakin teruk sakitnya”. Beliau secara jelas membuat kesimpulan bahawa penerusan PPSMI ini akan menjadi punca Bahasa Melayu akan berkubur dan akan menjadi bahan pameran di muzium.
Kita tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu, tetapi memerlukan penghayatan dan penghormatan berterusan terhadap bahasa itu sendiri. Sebagai contohnya negara Jepun, Perancis, dan China masih mampu maju dan megah melalui bahasa Ibunda. Kita lebih memikirkan untuk menguasai bahasa Inggeris dari memikirkan mengapa bahasa Melayu tidak menjadi seperti bahasa Inggeris? Kita perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia melalui pendidikan.
Akhir kata PERBAYU dengan tegas menentang sebarang usaha untuk mengembalikan dasar PPSMI dan kerajaan perlu tegas dalam mengambil tindakan agar pendidikan negara tidak menjadi kucar-kacir. Hakikatnya penguasaan sesuatu bahasa lebih penting sebelum penguasaan sesuatu ilmu. Bahasa sendi tamadun bangsa.
Mohd Raziman bin Abd Rahman
Persiden Persatuan Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

KURSUS : UBM 1032 : WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

KURSUS : UBM 1032 : WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU
TAJUK : KESENIAN KHAT
NAMA : MOHD RAZIMAN B. ABD RAHMAN
NO. MATRIK : D 20101037176
KUMPULAN : AG
NAMA PENSYARAH : PUAN NORSALIZA BT MOHD SHUHAINI
FAKULTI : BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER : DUA (2)

KESENIAN KHAT


Latar Belakang
Kesenian berasal dari perkataan latin yang membawa maksud ‘kemahiran, cara atau kaedah’. Namun, secara lahiriah manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. Mengikut Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art,(1959), seni merupakan usaha unuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Tambahnya lagi, niai-nilai indah, tidak cantik atau buruk adalah bidang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia kadang-kadang lebih berpengaruh daripada nilai-nilai logik.
            Kesenian mencakupi banyak bidang dan perkara. Hal ini termasuklah bidang mengarang sesuatu cerita yang dikenali sebagai kesusasteraan, mendirikan bangunan atau seni bina, seni ukir, melukis, kaligrafi, seni lakon (dahulunya lebih kepada lakonan teater) dan juga seni tari. Seni ini dapat dikategorikan sebagai seni halus (fine arts) dan seni gunaan (applied arts).
Seni halus lebih memberi penekanan kepada sesuatu hasil nurkilan manusia yang menggambarkan kecantikan dan curahan perasaan, manakala seni gunaan lebih memberi maksud sesuatu yang dilakukan untuk menghasilkan bahan dan barangan yang nampak jelas serta untuk digunakan. Menurut Richardson dalam bukunya, Introducing Art,A First Book on The History and Appreciation of The Visual Arts, kesenian merupakan luahan perasaan manusia dan menggambarkan sifat serta perangai manusia.
Apabila kita meninjau akan sejarah perkembangan tamadun manusia di dunia ini, sememangnya kita tidak dapat lari daripada melihat bagaimana manusia dari segenap lapisan masyarakat di dunia ini telah melahirkan segala macam bentuk hasil seni yang indah dan mengagumkan. Apa yang lebih menarik dan unik ialah setiap tamadun itu mempunyai hasil seni mereka yang tersendiri antaranya Angkor Wat, Borobodur dan piramid-piramid.
            Pelbagai bentuk kesenian yang menarik terdapat dalam tamadun manusia antaranya kesusasteraan, muzik, seni bina, ukiran, seni lukis dan pelbagai lagi. Kita cuba lihat salah satu antaranya seperti seni kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu bermula dengan sastera tradisional yang sememangnya kaya dengan cerita-cerita rakyat atau dikenali sebagai kesusasteraan rakyat (sastera lisan) yang diperturun dari satu generasi ke satu generasi dengan meluasnya. Kesusasteraan terawal ialah cerita asa usul yang merangkumi cerita-cerita tentang nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Antara cerita yang popular yang menonjolkan watak binatang sebagai watak utama adalah cerita Sang Kancil, cerita jenaka seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan si Luncai. Semua hasil kesusasteraan ini berbentuk prosa.

Selain berbentuk prosa, terdapat juga satu lagi bentuk kesusasteraan melayu yang dikenali sebagai puisi melayu tradisional. Antaranya ialah pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Dalam konsep tradisional ini juga dirangkumkan apa yang dikenali sebagai ‘puisi lisan’ dan ‘puisi rakyat’. Kesusasteraan Melayu dihasilkan pada keseluruhannya bertujuan untuk berhibur memandangkan masyarakat melayu pada ketika itu tidak mempunyai kemudahan teknologi seperti hari ini. Namun begitu,apa yang lebih dititikberatkan ialah setiap aspek hasil sastera yang dilahirkan bertujuan untuk memberi pengajaran, kesedaran, diselitkan dengan sindiran, nasihat dan rasa sedih serta gembira. Masyarakat melayu ketika itu mengutamakan nilai budi yang tinggi. Oleh itu, mereka berusaha agar apa jua yang ingin disampaikan tidak disampaikan secara melulu. Tujuan nasihat juga disampaikan secara simbolik dan halus sekali. Kesusasteraan melayu pada masa ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh asing antaranya jawa, hindu dan arab. Walau bagaimanapun, pengaruh arab kekal sehingga kini.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH



KOD KURSUS DAN NAMA KURSUS : KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
TAJUK TUGASAN : PENDIDIKAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN INSAN
KUMPULAN : U
NAMA PENSYARAH : EN. THO SIEW WEI
SEMESTER : DUA ( 2 )
PROGRAM : AT 05 PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NAMA
NO. MATRIK

SITI MARIAM BT ABU BEBAKAR

D 20101037191


TUAN SHARULNIZAM B TUAN MOHAMED @ TUAN HUSSIN

D 20101037147

NURUL IZATI BT ARIFFIN

D 20101037164


MOHD RAZIMAN B ABD RAHMAN

D 20101037176

PENDIDIKAN SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN INSAN.


Sistem pendidikan merupakan perisian tuntutan asas manusia bermasyarakat tetapi falsafahnya berbeza-beza mengikut faktor yang bertindak dan yang membentuknya. Bagi Malaysia sendiri, faktor sejarah dan politik memainkan peranan yang penting pada zaman awal kemerdekaannya. Namun dalam jarak masa yang tidak sampai setengah abad, faktor-faktor yang melandaskan falsafah pendidikan awal sedikit demi sedikit diubah kerana mengisi dan hala tuju yang berbeza tekanannya. Menurut Zahir Zainuddin, (penyelidik bebas sains sosial), bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara.
Menurut beliau lagi, dua belas tahun yang lalu, Gary S. Becker, penerima Hadiah Nobel dalam ekonomi pada tahun 1992 menyatakan bahawa perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat yang terpelajar. Faktor yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru. Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk berkualiti seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan. Inilah keputusan pertama yang akan difikirkan dan isu utama yang diberi penekanan oleh pelabur luar negara. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa modal insan cemerlang yang diidam-idamkan oleh negara kita, Malaysia tidak hanya sekadar lulus dengan cemerlang dalam aspek akademik malahan juga meliputi kecemerlangan dalam kemahiran-kemahiran tertentu.
Modal insan yang cemerlang dapat dilahirkan melalui pemangkinnya iaitu pendidikan. Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merupakan pencetus revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Petikan daripada Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia menyatakan bahawa bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu bagi menjayakan program pembangunan insan kerajaan Malaysia telah menetapkan beberapa aspek yang akan diberikan tumpuan dan aspek berkenaan terdiri daripada aspek pendidikan. Pendidikan ini meliputi dua perancangan iaitu, pertama, melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010 untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif dan bertaraf dunia; dan kedua, melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara bertujuan menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur institusi pengajian tinggi dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.